
Hujung minggu yang sungguh membosankan. Menonton tv, makan dan membaca, itulah rutin selama dua hari berturut.Sedang asyik membelek magazine, saya terjumpa info ini yang saya rasakan sesuai untuk mereka yang merokok. Bagi kamu yang hanya tahu menyedut asap rokok tetapi tidak mengetahui apakah antara bahan-bahan yang terdapat dalam sebatang rokok, ni saya nak kongsi dgn kamu semua bahan-bahan yang kamu boleh gunakan untuk membuat sendiri sebatang rokok yang mungkin dan akan memendekkan nyawa anda (jika tak pendek pun, mungkin akan memporak perandakan organ-organ badan anda..huh menakutkan tak?)
Ini adalah bahan-bahannya :-
* Acetone - bahan yang digunakan dlm penanggal varnish kuku
* Ammonia - boleh didapati dlm bahan penyental lantai
* Arsenik- ada dalam racun pembunuh semut
* Methylamine - bahan aktif losen penggelap kulit
* Methanal - cecair dlm minyak kapal terbang
* Kadmium - bahan cecair dlm bateri
* Mercury - dalam termometer
Jadi, bagaimana ? Kalau kamu semua ada bahan-bahan ini di rumah, apa salahnya memcubakan? Boleh jugak jimatkan wang ye tak? Tetapi sekiranya bercadang mahu berhenti merokok, masih belum terlambat.Katakan "tak nak" kepada rokok.Mencegah lebih baik dari merawatkan ...