August 20, 2004

Garam yang saya makan...

Pernah baca poem " I have learned.." ? Memang banyak versi untuk poem ini dan ianya amat bermakna jika kita pahami dan hayati dengan betul.Tapi ini adalah versi saya sendiri.Walau sesungguhnya masih belum cukup garam yang saya makan (saya adalah seorang yang pemanis, bukan pemasin kecuali telur masin), tetapi ini adalah rentetan kehidupan yang telah saya alami dan pelajari dalam hidup yang baru saja menjangkau beberapa tahun jagung ini. Mungkin ianya tidak semasin seperti orang lain tetapi ini adalah " I have learned..." versi saya.
Saya telah belajar bahawa :
  • Apabila jatuh dalam lembah KEGAGALAN yang busuk dan kotor, memang tersangatlah menyedihkan. Namun walau seteruk manapun kejatuhan itu, there is always a safe place at home. Tiada yang lain yang dapat menerima kebusukan dan kekotoran diri ini sebagaimana keluarga menerimanya.Walaupun ada kalanya, silap paham dan pertengkaran tidak dapat dielakkan, namun keluargalah yang lebih memahami baik buruknya diri ini dan menerima seadanya.Family is everything.
  • Allah telah menciptakan abah dan mama dengan sejumlah kapasiti cinta, kasih dan sayang tiada batas buat anak-anak mereka. Mungkin ada kalanya, saya selalu membuat mama naik angin dengan kedegilan dan perangai saya yang ada kalanya entah apa-apa ini. Dan pada abah, saya pernah menimbulkan pelbagai kerenah dan manguji tahap kesabarannya (ya..saya masih ingat di waktu saya dirotan olehnya di dalam toilet kerana melalak-lalak tidak mahu mandi). Saya mohon ampun pada mama dan abah. Saya amat bersyukur kerana mempunyai mama yang adakalanya boleh diajak berkongsi pengalaman dan masalah bercinta serta yang paling best boleh diajak berborak mengenai Akademi Fantasia (ya mama saya pernah demam AF). Sementara parents kita masih sudi dipinjamkan oleh Allah kepada kita, show your love to them..Jangan apabila tidak sempat, baru nak menyesal!
  • Friendship will never end and old friends are your safe spot. Keep them and cherish new ones.Walau ramai kawan yang saya ada, namum saya percaya bahawa saya masih memerlukan kawan-kawan lama yang telah kenal perangai dan memahami jiwa saya.Mereka yang lebih tahu apa yang patut dan tidak sesuai dalam setiap tindakan saya , baik dari segi percintaan, pekerjaan, pelajaran, buku, makanan, pakaian dan lain-lain lagilah.
  • Lelaki sememangnya sukar dipahami dan ada kalanya tahap keegoan melampau-lampau.Dan lelaki pun ada waktu PMS dan datang bulan juga yang sememangnya saya rasa lagi teruk daripada PMS wanita.Tatkala tengah berperang dingin, saya lebih suka argue dan melepaskan rasa geram dan tidak puas hati, tetapi si dia lebih suka diam, malas berbicara atau pun mengubah topik perbicaraan dan mula bernyanyi-nyanyi kecil seperti tiada apa yang berlaku atau pun memberi jawapan keramat “ntah..”Aduh bertambah bengkaklah lagi hati saya.Lelaki dan game PS2 nya juga tidak saya pahami.Sanggup tidak mahu keluar bersama atau pun mahu pulang ke rumah awal, hanya semata-mata ingin bersengkang mata untuk memecahkan rekod markah tertinggi dan mara ke level seterusnya.Keluarkan duit utk game tidak mengapa tetapi apabila saya berbelanja lebih untuk pakaian, membazir pula katanya. Namun itulah adatnya. Kaum Adam dan Hawa banyak bezanya dan saya akui masing-masing saling memerlukan.
  • Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki.Sudah ada satu hendak dua pula, dah ada dua hendak tiga pula dan begitu seterusnya.Rambut dah warna hitam, hendak di’dye’ kan pula. Sudah dijadikan sebagai Azizah, hendak tukar menjadi Aziz pula.Begitulah lumrah kehidupan manusia, tetapi yang positifnya, ia menjadikan diri ini terus bermotivasi untuk membaiki segala cacat cela yang ada.Betul tak ?
  • Tak semestinya tak masuk science stream semasa di sekolah menengah, tak dapat masuk IPT kan? Saya pernah percaya itu dan tipah tertipu…Saya ada juga menyesal sebab saya tidak pernah minat dengan kimia dan biologi tetapi disebabkan terpaksa belajar untuk lulus,saya gagahkan jua untuk mempelajarinya.Memang ngeri tetapi setidak-tidaknya saya kenal lah juga apa itu lithium dan gas ammonia.
Kalau hendak diceritakan satu persatu garam-garam dalam hidup saya, mungkin sampai bila pun tak habiskan…mungkin lebih banyak garam yang saya makan, saya akan kongsikan. Bagaiman pula dengan garam-garam yang telah anda makan pula ?

2 comments:

PertMuffin said...

hmm..pertama kali melihat kau dari persepsi lain. Tahniah beb!

The Plain Mel said...

diriku dr persepsi lain? bagaimana itu wahai saudari cik siti nur hawa?