August 23, 2004

Resepi sebatang ROKOK


Hujung minggu yang sungguh membosankan. Menonton tv, makan dan membaca, itulah rutin selama dua hari berturut.Sedang asyik membelek magazine, saya terjumpa info ini yang saya rasakan sesuai untuk mereka yang merokok. Bagi kamu yang hanya tahu menyedut asap rokok tetapi tidak mengetahui apakah antara bahan-bahan yang terdapat dalam sebatang rokok, ni saya nak kongsi dgn kamu semua bahan-bahan yang kamu boleh gunakan untuk membuat sendiri sebatang rokok yang mungkin dan akan memendekkan nyawa anda (jika tak pendek pun, mungkin akan memporak perandakan organ-organ badan anda..huh menakutkan tak?)

Ini adalah bahan-bahannya :-
* Acetone - bahan yang digunakan dlm penanggal varnish kuku
* Ammonia - boleh didapati dlm bahan penyental lantai
* Arsenik- ada dalam racun pembunuh semut
* Methylamine - bahan aktif losen penggelap kulit
* Methanal - cecair dlm minyak kapal terbang
* Kadmium - bahan cecair dlm bateri
* Mercury - dalam termometer

Jadi, bagaimana ? Kalau kamu semua ada bahan-bahan ini di rumah, apa salahnya memcubakan? Boleh jugak jimatkan wang ye tak? Tetapi sekiranya bercadang mahu berhenti merokok, masih belum terlambat.Katakan "tak nak" kepada rokok.Mencegah lebih baik dari merawatkan ...

2 comments:

Anonymous said...

semakin kujauhkan diri,
semakin dekat nafsuku pergi,
walaupun poketku kosong tidak berisi,
aku tidak boleh hidup tanpanya disisi,
kenapa?
mungkinkah adunannya yang meracuni?
aduhhhh..semestinya,
tetapi kenapa?
adakah rasukan syaitan atau
sememangnya fitrah manusia itu sendiri,
fikirkanlah!
rokok sememangnya membunuh,
adakah salah rokok atau diri kita sendiri?
fikirkanlah!

Anonymous said...

Wahai manusia yang pandai....kamu memang manusia yang baik kerana mengingatkan manusia bahawa rokok tu membawa maut.....tetapi isap tak isap kesimpulannya sama jugakan M.A.T.I.mati juga jika seseorang itu di panggil insan.Tetapi merokok ini adalh lebih baik di isap daripada guna bahan yang ada kat umah tu pasal payah nak bancuh atau gulung thanx to Philip Morris...kalau isap rokok sensorang tiada kita mengganggu umat manusia atau kamu.Lagi satu kita menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan jalinan persahabatan antara negara yang ada di dunia ini betul tak?aku rasa isap rokok lebih baik dari merogol orang betul tak atau meliwat orang?isap rokok juga lebih mulia dari lepak ngan anak dara orang tengah2 mlm sambil gelak riang menggaggu jiran tetangga betul tak?atau mengumpat tentang orang pastu cerita tentang keburukan orang lain..baik isap rokok sampai mati tak kacau orang.lagi satu isap rokok lebih baik daripada lupakan kawan yang pernah tolong kita ketika merempat kat Pulai dulu.Lagi satu ia lebih baik daripada lupakan member lelaki pasal nak lepak ngan pempuan je.....Betul tak wahai manusia yang baik>....